Thursday, 3 August 2017

Tiada Permit Teksi Baru Dikeluarkan SPAD #SPAD

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri telah menjawab soalan dari Dato' Seri Irmohizam semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Parlimen mengenai wujud keperluan untuk memberikan permit teksi kepada pihak syarikat tertentu dan bukannya secara terus kepada pemandu teksi.


Dato' Sri Nancy telah menyatakan bahawasanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah mengeluarkan permit teksi baru kepada syarikat sejak mengambil alih fungsi daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada tahun 2010.

Beliau dalam jawapan turut menegaskan bahawa syarikat teksi dibenarkan meneruskan operasi menggunakan permit sedia ada.

Tambah Nancy, keperluan wujudnya permit teksi syarikat ini sedikit sebanyak telah menyumbang dan memainkan peranan yang tersendiri dalam industri ini.Contohnya, terdapat sebilangan pemegang permit individu yang tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan pinjaman kenderaan melalui institusi kewangan.

Dan disinilah syarikat teksi tersebut memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu pemegang permit individu tersebut. Syarikat teksi ini akan menyediakan kemudahan sewa beli kenderaan yang dikenali sebagai sistem pajak. Di akhir kontrak perjanjian pajak ini, kenderaan tersebut akan menjadi milik pemandu. Sistem yang sama dijalankan seperti institusi kewangan.

Namun begitu, Nancy memberitahu bahawa kerajaan sedar dimana terma-terma yang diguna pakai dalam perjanjian ini sebenarnya berat sebelah dan lebih menguntungkan pemilik syarikat teksi dan akhirnya kebajikan pemandu terabai. 

“Oleh sebab itulah antara cadangan pindaan Rang Undang-Undang yang telah diluluskan adalah untuk membolehkan SPAD memastikan terma-terma kontrak ini memenuhi standard piawaian minimum yang ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak,” ujar Nancy dalam jawapan beliau.
Tiada Permit Teksi Baru Dikeluarkan SPAD #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!