Friday, 4 August 2017

MCA Telah Kemukakan Tiga Nama Bakal Calon DUN Indera Kayangan Perlis #MCA #PRU14

Bagi menghadapi Plihanraya Umum ke 14 (PRU 14), pihak MCA telah bersetuju untuk mengemukakan 3 nama untuk dipilih bagi bertanding di kawasan Dewan Undangan (DUN) Indera Kayangan, Perlis. 

MCA Perlis amat yakin ketiga-tiga nama terbabit berkebolehan dan mampu untuk menjayakan misi menawan kembali Indera Kayangan pada PRU 14 akan datang. 

DUN Indera Kayangan telah jatuh ketangan pembangkang pada PRU 13 yang lepas dan berdasarkan nama – nama tersebut, Naib Pengerusi MCA Perlis, Khaw Hock Kong amat yakin mereka merupakan individu - individu yang dapat memenangi semula DUN Indera Kayangan, ini berdasarkan kepada penerimaan pengundi masyarakat keturunan cina di kawasan berkenaan.

Pada PRU13, calon MCA, Dr Por Choo Chor telah kalah kepada calon PKR, Chan Ming Khai dengan perbezaan sebanyak 1,092 undi.

Khaw yang juga anggota DUN Titi Tinggi merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri menyatakan bahawa, misi untuk menawan semula Indera kayangan di yakini akan lebih mudah dengan sokongan daripada rakan-rakan Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MIC.


Beliau juga memberitahu, berdasarkan kepada situasi politik semasa ianya jelas menggambarkan majoriti masyarakat cina menyokong parti MCA dan ianya semakin kukuh dan bertambah. Ini secara tidak langsung memberi gambaran awal bahawa MCA yakin dan mampu menebus kesilapan lalu bagi mempastikan DUN Indera kayangan akan dimenangi oleh BN di samping mengekalkan kerusi DUN Titi Tinggi.

Untuk rekod, di Perlis kerusi parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar di kuasai BN sementara kerusi DUN, 13 dimiliki kerajaan dengan masing-masing 1 dipegang PKR dan PAS.
MCA Telah Kemukakan Tiga Nama Bakal Calon DUN Indera Kayangan Perlis #MCA #PRU14 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!