Monday, 10 July 2017

Pemandu teksi dilabel HAMBA, Rafizi mula sebar fitnah #SPAD

Sistem pengangkutan awam darat semakin pesat apabila wujudnya pelbagai pembaharuan seperti e-hailing dan jugak TITP yang diterajui oleh SPAD.Ini jelas menunjukkan kita telah melangkah laju dalam pengangkutan awam berbanding 22 tahun yang lalu.

Dibawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak,pengangkutan awam darat telah diberi nyawa baru apabila wujud transformasi yang melonjakkan jaringan ekonomi yang lebih luas.

Pada zaman pemerintah yang dahalu, pengangkutan awam dihiasi dengan tren gerabak lama, teksi usang serta bas kokak, penguatkuasaan yang longgar dan tidak sistematik serta kekurangan bantuan kerajaan. Namun kini, pengangkutan awam sedang memacu ke arah yang lebih maju dengan kadar permintaan yang semakin bertambah setiap hari serta tarikan para pelabur untuk meningkatkan lagi ekonomi dan kemajuan negara.

Dalam kepesatan ini, masih wujud segelintir pemandu teksi yang menganggap perkhidmatan e-hailing seperti UBER dan Grabcar sebagai penghalang mereka mencari sumber rezeki.

Isu ini semakin menjadi-jadi apabila munculnya campur tangan dari pemfitnah nombor satu negara, Rafizi Ramli. Rafizi yang kini giat meraih sokongan pemandu teksi dengan menabur janji manis.Seperti biasa, modus operandi Rafizi adalah menghentam dan menjatuhkan kerajaan.

Rafizi mungkin tidak peka dengan bantuan-bantuan kerajaan yang disalurkan kepada pemandu teksi. Oleh itu, dia cuba memanipulasi serta menghasut pemandu-pemandu teksi untuk percaya bahawa dia dapat membantu mereka.

Kerajaan melalui SPAD telah melancarkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) dengan peruntukan sebanyak RM150 juta yang telah diluluskan semasa pembentangan bajet 2017 untuk membantu serta memantapkan lagi pengangkutan awam negara.

Antara langkah progresif yang diambil kerajaan bagi membantu pemandu teksi ialah dengan menyediakan geran bantuan kerajaan yang bernilai RM5000. Geran ini dapat membantu pemandu teksi untuk memiliki kereta baru sekaligus membebaskan mereka dari sewaan dan pajakan.


Seperti yang dimaklumkan, sesi penyerahan geran ini telah memasuki Fasa ke-2 dan kini SPAD masih lagi meneliti permohonan lain yang dianggarkan sebanyak 14 ribu permohonan.

Rafizi juga mungkin lupa atau pun tidak tahu bahawa kebanyakan teksi menggunakan gas berbanding minyak kerana harga gas lebih murah. Dan mereka hanya menggunakan minyak apabila kehabisan gas sahaja.

Tambahan lain, agak sinikal apabila Rafizi melabelkan pemandu teksi yang menyewa atau memajak teksi sebagai hamba. Rafizi seolah-olah menunding jari ke arah kerajaan dengan melabelkan mereka seperti itu. Walhal dia lupa bahawa dahulu begitu ramai guna teksi dan sekarang kurang. Pernah dia kisahkan pemilikan kereta sendiri dahulu dan sekarang. Ini juga memberi kesan.

SPAD telah mengambil inisiatif dengan melancarkan MyTeksi bagi membantu pemandu teksi agar bersaing secara sihat dengan bantuan aplikasi ini. Paling kurang, teksi dapat bersaing setara dengan perkhidmatan e-hailing yang lain.

Berikut merupakan langkah yang patut diambil oleh pemandu teksi: 

Jangan percaya dengan fitnah dan manipulasi yang diluahkan oleh Rafizi Ramli. Kerana dia tidak akan dapat membantu pemandu teksi malah memusnahkan lagi industri teksi.

Cuba rebut peluang yang diberikan SPAD untuk menambahbaik punca rezeki mereka serta bebaskan diri dari perHAMBAan yang dinyatakan oleh Rafizi daripada pajakan atau sewaan yang perlu dibayar setiap hari.


*Terdahulu Rafizi pernah cuba bodohkan pencarum Tabung Haji alhamdulillah tak semua termakan hasutannya, kalau tidak sia sia sahaja Najib mohon tambahan kouta untuk tahun ini.
Pemandu teksi dilabel HAMBA, Rafizi mula sebar fitnah #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Monday, 10 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!