Saturday, 15 July 2017

MRT Fasa 2 Beroperasi 17 Julai 2017 #MRT #SPAD

MRT Fasa 2, Cipta Lembaran Baharu


Pada 17 Julai 2017 ini, MRT Fasa 2 Laluan Sg Buloh-Kajang bakal dibuka oleh YAB Perdana Menteri. Laluan sepanjang 51km ini akan memulakan operasi pada jam 4 petang, 17 Julai ini. Pengguna akan menikmati satu nikmat kesalinghubungan yang belum pernah dirasai sepanjang 31 stesen yang akan dilalui MRT ini.

YB Dato' Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyatakan kegembiraan beliau mengenai pembukaan MRT Fasa 2 ini. Hal ini kerana, pelajar dari sebanyak 40 buah sekolah dan institusi pendidikan juga dapat menikmati kemudahan MRT ini. Sekolah2 serta institusi ini terletak di sekitar koridor laluan ini. 

Kerajaan terus menunjukkan komitmen dalam menunaikan janji apabila dapat merealisasikan pembinaan serta pembukaan MRT ini. Di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri ke-6 ini, masa hadapan sistem pengangkutan awam darat akan dilihat lebih inklusif serta dapat disesuaikan dengan pelbagai lapisan masyarakat serta golongan tertentu. Malah, pelaksanaan projek MRT ini juga menunjukkan kita sedang menuju ke arah aspirasi tersebut. 

Untuk maklumat, MRT Fasa 2 ini akan dapat digunakan oleh orang ramai bermula jam 4 petang sehingga 11:30 malam pada hari pembukaan secara percuma dan hanya melibatkan sebanyak 19 stesen sahaja. Stesen yang terlibat ialah dari Kajang sehingga ke Muzium Negara. 

Pengguna MRT dari Kajang perlu berhenti di Muzium Negara dan kemudiannya menaiki MRT semula jika ingin meneruskan perjalanan menuju ke Sg. Buloh. Hal ini sama juga buat pengguna dari Sg. Buloh ke Kajang. Pengguna juga perlu berhenti di Muzium Negara dan kemudiannya menaiki semula menuju ke destinasi ke arah Kajang.

Sistem ini hanya akan berjalan seperti ini pada 17 Julai sahaja. Pada 18 Julai, pengguna dapat menikmati perjalanan MRT seperti biasa.

MRT Fasa 2 Beroperasi 17 Julai 2017 #MRT #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 15 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!