Wednesday, 7 December 2016

SPAD Kini di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan #SPAD



PEMBUKAAN PEJABAT SPAD CAWANGAN UTC KELANTAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Cawangan UTC Kelantan akan memulakan operasinya mulai 8 Disember 2016.

Pejabat ini menawarkan seluruh perkhidmatan pelesenan termasuk Permohonan Baharu Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam Jalan Raya dan Kenderaan Barangan, Permohonan Membaharui Lesen, Permohonan Ubah Syarat Lesen, Permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS), Permohonan Kad Pemandu dan lain-lain pertanyaan.



Dengan ini, operasi SPAD di Machang akan ditutup dan kami akan beroperasi di bangunan UTC Kelantan sepenuhnya.

Waktu operasi: 8.30 Pagi – 9.30 Malam (Ahad - Sabtu)

Alamat:
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Cawangan UTC Kelantan
Tingkat 2.02 Bangunan UTC Kelantan
Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah
15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

No. Telefon: 09-742 2448 (Hunting Line)
No. Faks: 09-742 1697

Baca Seterusnya...

20 Cara Dipermudahkan Rezeki!

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam  pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.  Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan  rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya.

1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam  hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan  membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka  Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup  kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,  yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang  siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala  kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah  yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja  membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini  rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang  ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah  akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani  dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada  kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan  meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak  tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,  kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bangun awal pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”  (Riwayat Bukhari)

12. Sentiasa berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Selalu solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Selalu solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Sentiasa berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)


Baca Seterusnya...

Monday, 5 December 2016

Lelaki Dibiarkan Mati Ketika Beratur Mesin ATM!

KEADAAN mayat Chowdhuri yang terbaring di lantai dan tidak diendahkan orang ramai yang beratur di mesin ATM. – Agensi

Kolkata (India): Seorang lelaki yang pengsan ketika beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dibiarkan terbaring hingga mati tanpa sebarang bantuan kerana orang ramai enggan meninggalkan barisan untuk mengeluarkan wang.


Saksi berkata, Kallol Ray Chowdhuri berbaris di mesin ATM di Bandel dekat sini kelmarin sebelum dia rebah akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, orang ramai yang berbaris panjang di mesin ATM berkenaan enggan membantu Chowdhuri, 53, dan hanya membiarkan lelaki itu terbaring.

Mereka hanya memerhatikan Chowdhuri mengerang kesakitan sambil memegang dadanya sebelum dia tidak sedarkan diri.

Saksi memberitahu, orang ramai enggan membantu Chowdhuri kerana tidak mahu keluar dari barisan kerana bimbang tidak dapat mengeluarkan wang.

“Tiada siapa yang mahu membantu lelaki itu atau membawanya ke hospital,” katanya.

Ujarnya, Chowdhuri dibiarkan terbaring selama 30 minit sebelum seorang pengawal keselamatan bank itu yang melihat keadaan mangsa membawanya ke hospital dengan menaiki teksi.

Bagaimanapun, apabila tiba di hospital doktor mengesahkan lelaki itu sudah lama meninggal dunia.

Isteri Chowdhuri berkata, doktor memberitahu suaminya mungkin boleh diselamatkan sekiranya dibawa segera ke hospital.


Ujarnya, dia kesal dengan sikap orang ramai yang terlalu mementingkan diri sendiri.India ketika ini berdepan krisis wang tunai selepas kerajaan membuat penyahwangan wang kertas 500 rupee dan 1,000 rupee. – Agensi
Baca Seterusnya...

Sunday, 4 December 2016

Demi Umat Islam Sejagat Najib Razak Dan Hadi Awang Bersatu #SaveRohingya #KekalNajib


"Saya bukan campur tangan urusan negara Myanmar tetapi ini adalah masalah kemanusiaan sejagat, Malaysia tidak boleh membiarkan sahaja pembunuhan pelarian Rohingya kerana jika Myanmar tidak berjaya menyelesaikan masalah ini mereka (rohingyarian) akan datang ke Malaysia" - Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Stadium Titiwangsa bagi menghadiri Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya 



Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Selain itu turut hadir Menteri-menteri Kabinet, mufti, pemimpin UMNO dan PAS selain pimpinan NGO.





Baca Seterusnya...

Monday, 28 November 2016

Pendedahan USA TODAY Dedah Soros Taja #BERSIH5

MALAYSIA WAJAR MEMANDANG SERIOUS PENDEDAHAN AKHBAR USA TODAY MENGENAI PENGLIBATAN SOROS MEMBANTAH KEMENANGAN TRUMP

1. Pendedahan akhbar USA Today (semalan) amat mengejutkan terutama modus operandi yang digunakan oleh Soros di Amerika adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia.

2. Pendedahan USA Today bahawa Soros menggunakan Open Society Foundation menaja kumpulan kumpulan tertentu atas nama Hak Asasi dan demokrasi supaya berdemontrasi dan mengadakan protes jalanan atas kemenangan Trump untuk menimbulkan ketegangan dan melanggar undang undang di Amerika sepatutnya diambil perhatian serious oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

3. Akhbar itu mendedahkan sehari selepas Trump diistiharkan menang Soros dituduh menaja banyak kumpulan di Amerika supaya mengadakan demontrasi berterusan untuk menentang Trumph. Akhbar itu mendedahkan Soros mengapikan kebencian melalui protes jalanan. "Soros promotes hate through protest. I don't see how that helps anybody" (Rochelle Winther Los Angeles).

4. Modus operandi sama di gunakan di Malaysia iaitu Open Society Foundation menaja beberapa kumpulan termasuk BERSIH, Malaysiakini, Merdeka Centre dan Bar Council. BERSIH digunakan untuk mengadakan demontrasi berterusan kononnya untuk memperjuangakn pilihanraya bersih dan adil di Malaysia. Trump seperti yang dilaporkan oleh USA Today menggelar golongan ini sebagai "The Professional Protester". 

5. Perkara sama berlaku di Malaysia sebab itu demontrasi anjuran BERSIH berterusan dan sudah masuk siri ke 5. Ia didokong pula oleh golongan profesional seperi Majlis Peguam. Malaysiakini pula sering membuat laporan berat sebelah mengenai kejayaan perhimpunan BERSIH. 

6. Sedangkan sejak BERSIH 1, beberapa pilihanraya kecil diadakan dan ada yang dimenangi oleh Pembangkang tetapi BERSIH tetap diteruskan. Sebenarnya matlamat mereka adalah sama seperti di Amerika iaitu untuk mengujudkan kebencian dan Kerajaan sedia ada lebih mudah ditumbangkan melalui bantuan Soros.

7. Justeru kalau di Amerika pendedahan penglibatan Soros ini boleh menjadi isu hangat dan menyebabkan penyokong Trump iaitu kumpulan Reddit Subgroup bangkit marah dan mengadakan protes balas dihadapan pejabat Soros di Manhattan maka adalah wajar rakyat Malaysia juga mesti menentang campur tangan asing ini di Malaysia.

8. Diharap lebih banyak pendedahan dibuat mengenai penglibatan Soros terhadap beberapa organisasi di Malaysia seperti kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Maria Chin. Sebab itu penahan Maria Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan Soros dan Open Society Foundation di Malaysia.

9. Pendedahan Wikileaks pertengahan tahun ini mengenai "The Malaysia Programme" selari dengan pendedahan Akhbar USA Today. Ia menyebut Soros ada kepentingan peribadi dan mahu pembangkang menang PRU. Orang seperti Glen Beck dan Alex Jones menggelar Soros sebagai The Boogeyman, Puppet Master dan Fundamentally Evil, justeru memang wajar Marina Chin dan BERSIH disiasat di bawah SOSMA.

Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO


Sebelum itu :
Pengerusi Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan pada Isnin selepas ditahan sejak 18 November lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi Bernama mengesahkan pembebasan Maria, namun enggan mengulas lanjut.

Rusdi berkata, Maria dibebaskan kira-kira 4.30 petang.

Pada 23 November lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penahanan Maria tiada kena mengena dengan perhimpunan Bersih yang diadakan pada 19 November tetapi dibuat di bawah Sosma kerana boleh menggugat keselamatan negara.


Menurut Khalid, di bawah akta berkenaan, polis boleh menahan Maria selama 28 hari bagi menyiasat setiap bukti yang ditemukan di pejabatnya. - Bernama

Maria, 60, ditahan di bawah SOSMA sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.0 di sini pada Sabtu lalu.
Penahanan dibuat selepas pihak polis menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya dan menemui dokumen yang memberikan petunjuk ia boleh menggugat Demokrasi Parlimen.

Pada 22 Nov, Maria memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini antara lain memohon perintah agar beliau dibebaskan serta-merta daripada tahanan SOSMA dan mahkamah akan mendengar permohonannya itu pada 29 Nov ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini menjelang permohonan habeas corpus beliau, esok.

Tapi dia tipu penyokong dia TELAH DIBEBASKAN!
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!